Kenapa tidak shoot & burn?

Tips fotografi perkahwinan
SHOOT & BURN MUNGKIN JIMAT TETAPI ANDA TIDAK DAPAT HASIL SEPENUHNYA DARI JURUFOTO...
1. Jurufoto zaman kini bukan seperti jurufoto zaman filem, proses penghasilan foto melibatkan proses semasa shooting dan proses selepas shooting. Foto-foto yang telah dishoot tidak direct dihantar pada kedai foto untuk dicetak.
2. Anda mungkin kecewa dengan hasil shoot & burn sahaja kerana apa yang anda lihat tidak sama seperti yang anda lihat dalam portfolio jurufoto itu. Anda mahu hasil A tapi akhirnya standard yang anda dapat cuma B atau C, kerana itu bukan 100% hasil jurufoto. Dalam fotografi perkahwinan era digital, memproses foto itu sebahagian dari langkah kerja.
3. Setiap jurufoto mempunyai skil & kemahiran fotografi tersendiri, namun dalam zaman digital, hasil terakhir foto adalah dengan sentuhan peribadi jurufoto itu. Semua orang boleh dapat gambar tapi bukan semua boleh dapat teknik atau gaya foto seperti jurufoto.
4. Membayar pakej bukan bermaksud mahal tetapi anda telah mendapatkan hasil jurufoto tersebut dari A hingga Z. Ambil gambar, proses gambar, reka album, hantar cetak dan delivery. Shoot & burn mungkin jimat tetapi usaha-usaha lain anda perlu uruskan kemudian hari, ini sebenarnya mengambil proses dan fokus yang lama. Pakej itu sendiri adalah harga "bundle", cuba anda dapatkan harga "ala-carte" tengok berapa kena bayar. 
5. Shoot & burn anda boleh dapatkan dari rakan-rakan atau adik beradik yang mempunyai kamera. Biarkan jurufoto anda lengkap dengan pakej agar apa yg anda dapat ialah 2 hasil berbeza.
6. Mencari individu lain untuk proses pemilih foto, merekabentuk album, menghantar cetak bukanlah sesuatu yang mudah. Jangkaan anda untuk mendapat jimat lebih sebenarnya boleh menjadi kos yang lebih tinggi dan proses yang lebih lama. Melainkan anda memang benar-benar seorang graphic designer atau album designer. Jika anda bukan, abaikan shoot & burn.
7. Rehatkan diri anda setelah majlis perkahwinan yang memakan masa berbulan-bulan lamanya untuk persediaan. Usah tambah bebanan stress anda dengan memilih foto sendiri, percayalah proses memilih foto adalah antara bahagian yang paling sukar dalam kerjaya jurufoto perkahwinan. Jika tugasan ini anda pikul, anda akan tahu betapa sukarnya.
8. Dengan permintaan "shoot unlimited" sebenarnya akan memakan diri anda sendiri kerana apabila jurufoto di hire dengan shoot and burn sahaja... mereka tidak lagi melihat cara liputan majlis tersebut dengan gaya yang patut mereka persembahkan dalam album (jika ambil pakej). Maka, mungkin anda hanya dapat 30-50% sahaja hasil dari skil jurufoto tersebut.
9. Ramai yang ambil shoot and burn akhirnya tidak ada gambar kerana mereka sendiri (pengantin) tiada masa untuk duduk melihat gambar mereka apatah lagi untuk hantar cetak. Akhir gambar sekadar dalam softcopy sahaja.
10. serahkan kepada yang pakar kerana itulah anda hire jurufoto perkahwinan. ianya sama seperti mana anda hire jurusolek dan pakar pelamin untuk hari majlis anda. Untuk apa ? untuk kelihatan cantik dan terakam hari indah itu sebaiknya. Harga pakej adalah lengkap dari album, frame, softcopy, shooting, editing dan semua yg terkandung dlm tawaran jurufoto, jika shoot n burn sahaja... maka anda cuma dapat 30% sahaja apa yg boleh jurufoto itu lakukan. Jimat tapi rugi.

Comments

Popular Posts