Potret hitam putih.


Sepanjang perjalanan saya memegang kamera,pelbagai teknik dan tone telah saya temui. Namun tiada yang dapat menyampaikan perasaan yang dirasai oleh watak di dalam gambar setanding dengan potrait hitam putih.

Dengan sebab yang sama, saya masih memilih teknik ini untuk berkongsi dengan public perasaan yang dirasai oleh pasangan yang baru berkahwin. Seperti pasangan Syed dan Hanaa ini, mereka adalah satu pasangan yang mempunyai persefahaman yang sangat unik. Dalam bersahaja,saya masih dapat melihat sekilas romantis dan cinta yang disampaikan tiap kali mereka bertentang mata. Semoga semua pasangan yang dirakamkan oleh EZYWEDSTUDIO akan dapat merasai perasaan hari pertama perkahwinan mereka melalui hasil karya kami. Saya harapkan perkahwinan anda semua kekal ke akhir hayat. ;)

Comments

Popular Posts